Thursday, July 3, 2008

Cerita Mukhrin KDP 2008? Apa yg menarik?

Pagi jam 10, ana menerima msg Zek yg mengajak utk pergi ke Plaza Masalam utk membeli jam. Mula2 Zek ckp nak pegi sebelum Jumaat tapi ana kecewa bila dpt msg kata tangguh lepas solat Jumaat. Tengahari tu Salehudin dtg ke rumah sewa kami dan makan tengahari selepas solat Jumaat. Agak berselera mungkin sebab Saleh tak makan dari pg tadi kot.

Baiklah sebenar malas nak citer pjg2. Sepanjang Mukhrin ni ana nak highlight beberapa peristiwa yg menarik utk dikongsi bersama.

Aktiviti Perang Belon

Semua ikhwah sgt berhati-hati bila dan menjaga belon sendiri pada permulaannya. Sumpah, mmg bosan

Lepas fasi Naza suruh bincang strategi kump baru la keadaan jadi huru hara

Ana dgn Najmi buat strategi utk letupkan belon lawan(Ikhwan kot) dgn 2 lwn 1. Yes! mmg menjadi dgn keadaan Ikhwan yg sikit leka baru ana pijak belon dia. Sori Ikhwan hehehe

Kepada kump yg menang ana memang tabik sebab diorang guna taktik gerila, serang hendap bila 2 kump lain berperang

Tikus menyerang!!

Kejadian ini berlaku bila tazkirah kepentingan beramal oleh akhi Zakaria. Tak sangka entah dari mana seekor tikus berlari menuju ke arah ikhwah2 yg sedang mendengar tazkirah.

Tikus tu berlari ke arah Haziq yg berada di btul2 di sebelah kanan ana. Dgn spontannya dia menendang tikus tu dgn kaki kirinya ke arah Zakaria yg btul2 berada di hadapannya. Zakaria mengelak, kemudian tikus tu berlari ke arah ana dgn sepantas yg mungkin dgn keadaan terkejut. Suppp!

Ke mana tikus tu pergi???

Sejenak kemudian ana dgn tenang mengenggam tikus tu menggunakan kedua belah tgn. Kemudian mengeluarkannya dr kain pelikat ana dan mencampakkannya keluar dgn sepantas kilat. Alhamdullilah hanya ada sedikit luka di jari telunjuk sebelah kanan akibat cakar kuku tikus.

Tima kasih kepada Redho yg cepat2 menyuruh ikhwah2 mengepung ana supaya akhawat tak perasan. Juga kpd Amin atas bantuan pantas mencegah darah ana kuar dgn menggunakan handy plus.

Persembahan budaya

Kump kami diberi tugas utk mendendangkan boria. Pada permulaannya kami tak igt camne rentak boria. Dgn bantuan abg Naza baru kami tahu nadanya nananannananananan lebih kurang camtu la. Kalo tengok citer Anak Mami baru perasan.

Dgn perasaan yg gemuruh kami mendendang boria yg tak sempat dihafal. Apa la korang ni, ceh padahal aku pun sama je.

Sungguh tak disangka kami merangkul beberapa anugerah oleh Pengetua Akademi Nasyid, pak cik Lan(perasan je lebih). Penulis lirik terbaik Akhi Hafizuddin, Penyanyi ikhwah terbaik Mohd Azhari, Persembahan kumpulan terbaik, kump kami la.

Lalu Pak cik Lan memberi gelaran Boriashid, opss silap Nashria kpd nyanyian kami